Assalamulaikum semua & salam sejahtera..
Terima kasih kerana mengunjungi blog Cik Long Yani
Saya adalah NUR ADYANI MOHAMED admin untuk blog CikLongYani.com. Salam perkenalan dari saya.
Serba sedikit pengenalan tentang diriku. Yani merupakan anak sulung dari 7 adik beradik. Berkelulusan Diploma Pertanian dari Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Alhamdulillah selepas tamat pengajian, Yani mengambil keputusan untuk terus balik ke Kelantan untuk bekerja.
Pada tahun 2006 berjaya mendapat pekerjaan dengan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Urus Setia Pembangunan Wanita sehinggalah sekarang.
Di Facebook, anda boleh add Yani https://www.facebook.com/adninaim
Mula mengenali Shaklee melalui Vivix yang banyak membantu ma Yani. Ma telah terlantar akibat strok sejak 2014 lagi. Semoga Allah segera memberi kesembuhan kepada ma untuk bangun, berjalan dan sama-sama mengerjakan haji di Baitullah. Tolong doakan untuk ma Yani ye 😍
Sejak dari peristiwa itu, Yani mula mengamalkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee yang pelbagai dan alhamdulillah kesihatan pun bertambah baik. Kadang-kadang terasa nak telan satu botol sebab nikmatnya apabila kita sihat.
Yani berdaftar sebagai ahli shaklee pada pertengahan 2016. Mula serius bisnes pada Jan 2017. Alhamdulillah, kini Yani telah mencapai pangkat SUPERVISOR dan sedang membina ROAD TO MASTER sebelum Oktober 2018.
Kami mempunyai sistem yang bagus, sokongan team yang kuat serta ukhwah persahabatan yang begitu rapat. Yani sangat sayangkan keluarga shaklee.
No comments:
Post a Comment